-->
skip to main | skip to sidebar
aipp buddy.welcome to belog cik gadis.hope u enjoy it damn much :)

glitter-graphics.com

Thursday, 9 August 2012

Ramadhan kian pergi meninggalkan kita

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan & Selamat Hari Raya
Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Tak sabar nak raya... minggu hadapan + beberapa hari lagi Insya ALLAH kita akan sambut raya.. Dah beli ke baju raya? Aku sudah. Em.. Sekarang aku sibuk je search lirik lagu raya dekat google. Siap print dan nyanyi lagi kat dorm dgn dlm kelas. Korang dah pasang lagu raya ke ?? ecece... semangat nampak..

Ramadhan akan berlalu pergi.. sedih bila Ramadhan semakin berlalu.. Bulan dimana pahala kita dikira berlipat  kali ganda.. Rahmat Ramadhan itu luas sangat.. kalau boleh aku tak nak bulan semulia Ramadhan ini berlalu.. terasa cepat je masa ni kan.. Sahur > Berpuasa > Berbuka > Teraweh.. kita ulang berkali-kali dan bila tibanya Syawal menjemput.. Rutin bulan Ramadhan pun kita tinggalkan.. Semoga ada lagi Ramadhan untuk kita di tahun yg akan datang..

Gembira bila sambut hari kemenangan kita Syawal tapi sedih bila hari dimana pahala kita digandakan berlalu.. adakah cukup sudah pahala kita? adakah terhapus sudah dosa kita atau adakah kita seorang yg rugi di bulan yg mulia ini?

Hmm.. sekolah pun akan mula bercuti start minggu depan.. harap-harap dapat cuti awal sikit.. tapi yg tak bestnya, cuti raya seminggu je.. apa-apa pun aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri  buat semua yang mengenali.. Mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada melakukan kesilapan..

Salam Ramadhan



by: Azyan Azizan





Thank you for reading

Posted by ♡ yan vavav0omツ at 11:24 pm 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 11 March 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 Assalmualaikum dan selamat sejahtera..



Ambil lah KUNCI ini dan
─▄▀▀█▀▀▄
▐▌ BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█ Pintu Hati Wanita Pilihan Kamu..

Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Dia,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ «-- Jumpa Ibubapa dia kat dalam rumah tu
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ dan minta izinlah untuk jadikan anak
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sebagai permaisuri di hatimu..
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██


::p/s:: boringg ):

Thank you for reading

Posted by ♡ yan vavav0omツ at 10:01 pm 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PESBUK version UTAQA bhahahahaha

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 Assalmualaikum dan selamat sejahtera..


PESBUK



Tudiaaaa.. pesbuk versi KEDAH kelia lagi. negeri hangpa ada ?


::p/s:: semad aeh. kedah dah bawak keluaq muka buku sendiqi. sah najwa latif letih lepaih nih. haha bangga sat :p

Thank you for reading

Posted by ♡ yan vavav0omツ at 4:40 pm 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Impotant Imformation !

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 Assalmualaikum dan selamat sejahtera..


Statistik Umat Islam di Malaysia..

Berikut merupakan statistik daripada perangkaan JAIM, JAIS,stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, kementerian perpaduan penduduk dan yang berkaitan,berkenaan umat Islam di Malaysia untuk renungan kita bersama:

  • 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.
  • 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.
  • 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan.
  • 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya.
  • Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.
  • Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.
  • 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji.
  • 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt.
  • 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.
  • 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.
  • 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam
  • 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.
  • 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.
  • 14. 50% pasangan yang telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur.
  • 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak.
  • Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.
  • 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.
  • 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.
  • Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.
  • Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.
  • 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.

Admin paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk".

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri.

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam — KakiTANGAN

Thank you for reading

Posted by ♡ yan vavav0omツ at 2:26 pm 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 17 February 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Aii pa khabar? sehat ? um aku malas nak update sebenarnya, pening kepala.. um tapi aku tak kira, aku nak update jugak. aku hangat hati sebenarnya. tapi kelmarin la. nak tau pa yang m'mbuatkan aku hangat hati ? nih bendo bawah nih




aku buka-buka facebook terus ada nih at wall aku. weh aku terasa kod weh coz aku member hang. hang dok update ayat pasrah pa. setia la, hina la, sempurna la, dipinggirkan la. pa weh ? hang dipinggirkan? puihh.. gelak terlolo-lolo, gedik semacam plak tuh. cam tuh kah rasa dipinggirkan ? kalau hang rasa hang dipinggirkan, ayat tuh salah.  sepatutnya aku yang patut rasa lagu tuh. jumpa kawan baru, kawan lama ditinggalkan. jenih kawan lupa kawan cam tuh r. aku sabaq lama dah kod weh. jangan sampai aku sembur hang face to face. aku pikiq hang kawan aku ja yang aku tak sanggup buat lagu tuh. padan la member-member hang dulu tamau kawan nan hang. rupanya cam nih perangai hang. makin lama aku kenai hang, makin aku taw hang jenih lagu mana. blah la weh. aku nak tengok lepas nih bila kawan-kawan baru hang tuh blah tinggal hang, hang nak cari sapa. juz wait n see..


::p/s:: harap sangat hang baca entri nih. kalau hang nak terasa ka maqah ka go head. pedulik pa aku


Thank you for reading

Posted by ♡ yan vavav0omツ at 10:07 pm 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 12 February 2012

Kuch Kuch Hota Hai

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 Assalmualaikum dan selamat sejahtera..

Kelmarin ada cita hindustan at tv3, Kuch Kuch Hota Hai. dilakonkan oleh Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee. cita nih cta lama dah. ditayangkan semula. masyaallah best sesangat cita nih. lama dah aku nak tengok. yelah time first aku tengok tuh aku bebudak g. so tak bpa ada feel g. OMG memang terbaikk la. sedih gila. tulah kalau korang perasan kan kebanyakkan cta hindustan lama best lagi daripada cta hindustan sekarang. lagu dulu pun best-best. cuba dengar lgu hindustan sekarang, ntah pape. nih pendapat aku la, tatau la dengan pendapat korang.

Mengisahkan tentang dua orang sahabat karib, Rahul Khana dan Anjali Sharma. Anjali menyedari dia telah jatuh cinta dengan Rahul namun sudah terlambat kerana Rahul menyimpan perasaan terhadap Rina Malhotra. Anjali mengambil keputusan membawa dirinya jauh daripada Rahul dan Tina. Selepas itu, Rahul dan Tina berkahwin dan tidak lama kemudian Tina hamil sebelum melahirkan anak perempuan yang diberi nama Anjali. Namun, Tina kemudian telah meninggal dunia. Suatu hari Rahul dan Anjali dipertemukan kembali. Sayang seribu kali sayang, Anjali ternyata sudah dipertunangkan dengan seorang pengusaha lokal yang kaya raya bernama Aman Mehra (Salman Khan).

 



           


::p/s:: update sambil layan lagu-lagu hindustan. hewhew jangan jelez :D


Thank you for reading

Posted by ♡ yan vavav0omツ at 11:40 am 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 11 February 2012

Vanilla Coklat~

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 Assalmualaikum dan selamat sejahtera..

Aiii.... aku nak cta nih. semalam aku layan cta Vanilla Coklat at youtube. yalah selasa lepas aku tak boleh tengok bub dok asrama. so tunggu pa lg, line pun terbaikkk pnya. layan ja la. waa... best cta tuh. sooo sweett.... nampaknya minggu depan kena tengok youtube lg la jawabnya..um nih la padahnya dok asrama. nasib~nasib~. okeh tamo sedih2 . jum usha picx bawah nih




  









Thank you for reading

Posted by ♡ yan vavav0omツ at 2:27 pm 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum..
Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam..


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ
marilah kita beramai-ramai berselawat ke atas Nabi Muhammad S.W.T
Selamat Menyambut Maulidur Rasul kpd semua umat Islam seluruh dunia

Thank you for reading

Posted by ♡ yan vavav0omツ at 11:02 pm 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
ツ•♥BelogCikGadisDotCom•♥•ツ

followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (15)
    • ▼  August (1)
      • Ramadhan kian pergi meninggalkan kita
    • ►  March (3)
      • بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم A...
      • PESBUK version UTAQA bhahahahaha
      • Impotant Imformation !
    • ►  February (4)
      • بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم A...
      • Kuch Kuch Hota Hai
      • Vanilla Coklat~
      • Salam Maulidur Rasul
    • ►  January (7)
"/>
Anyeohaseyo
hye!! terima kasih coz melawat belog cik gadis. jangan lupa follow yeah.. selamat berblogging..

glitter-graphics.com
aZyan bt aZizan
al0r setAr,kEdAh
22.o1.1996
sweEt 6teEn 2o12
Daisypath Friendship tickers

glitter-graphics.com

jerit disini !


Shoutbox

Facebook Badge

Yan VavavOom

Create Your Badge
Powered by Blogger.
 








Small Cute Yellow Pointer



Gratisan Musik